Monday, March 5, 2012

Don't Be Sad


♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

Ina'allah al'maha'huna

I don't want to give up...


Bruno Mars - Don't Give Up Lyric

[Bruno Mars]
When you want to do something that's new
And it seems really, really hard to do
You feel like quitting, you feel you're through
Well I have some advice for you

Don't give up
Keep on trying
You're gonna make it
I ain't lying
Don't give up, don't ever quit
Try and try and you can do it
Don't give up, yeah

If you want to catch a ball
But you're having no luck at all
The ball hits your head, it hits your nose
It hits your belly, your chin and toes
Well, try and try and try again
Keep on trying until the end
You put your hands out in the air
You'll catch the ball
Yes this I swear

Don't give up,
Keep on going
You're on a boat,
So keep on rowing
Don't give up, don't ever stop
Try and try and you'll come out on top
Don't give up

You got yourself rollerskates
You put them on
And you feel great
You stand up
Then you fall, don't think you can skate at all
You get back up, then you trip,
You skip and tip and slip, and flip
You try and try and try some more
Soon you're skating across the floor

Don't give up, keep on moving,
You're gonna get there, just keep on grooving
Don't give up, don't pack it in
Try and try, and you'll win
Don't give up, no no no
Don't give up, no no no
Don't give up, no no no
Don't give up, no no
Don't give up!


JIKA 1 PINTU TERTUTUP, 1 PINTU LAGI TERBUKA


JIKA 1 PINTU TERTUTUP, 1 PINTU LAGI TERBUKA

Teringat akan kata2 guru yg. Mengajar saya bagaimana menukar halangan pada peluang dan berjaya semula.

Bagaimana nak melawan suratan dan menang dalam kancah peperangan hidup.

Terpegun mendengar kata2 dari guru mat saleh ni benar2 mencabar ketabahan saya Melayu Islam.

Katanya lagi. Halangan dan rintangan tidaklah terjadi dgn. Sengaja. Tentulah ada hikmah dan tujuannya. Hanya insan yg. telah berjaya melaluinya.
Akan muncul kuat dan hebat. Jangan sekali2 berhenti ketika kita sudah hampir melepasinya. . Sedepa saja lagi!

Bila 1 pintu tertutup harus dianggap sebagai punca timbulnya semangat baru. Kekuatan baru dan bukannya sebagai alasan kegagalan. Tetapi bakal mengeluarkan yg. Terbaik dari diri anda .

Hanya yg. Optimistik saja akan berjaya utk. Melawan nasib malang or 'adversity' mereka dgn menggunakan kebijaksanaan '1 door closes. Another door opens'
sebagai insentif utk terus mara ke depan.

Sesiapa yang menyerah kalah dan 'Play Dead' akan tewas dan menjadi 'Losers' sepanjang hidupnya!

Segala galanya mengenai 'taking action. Bertindak melawan . Jika sesuatu kecelakaan berlaku. Bala. Janganlah hanya mengeluh. Meratapi. Menunggu dan berharap org. Lain utk menarik kita keluar. Bangun lah dan menolak. Menendang kuat hingga terbuka pintu baru.

Permulaan baru pada hidup anda!


x tau nak gtau apa

dah lama rsanya x update blog..macam terjadi dlm bln 2 ni..huhu..ingat leh la jd cikgu tusyen tp tup2 kena tipu lak..pn julyana mokhsin..aku xtau maafkan ko!!!cakap xserupa bikin..aku ingatkan apa yg ko cakap b4 this real tp sumenya hanyalah angan2 ko je!!sebab ko aku tolak tawaran interview 4 engineer!sebab ko gk rmai orang hilang kerja..xtaulah ko ni manusia jenis apa..mudah-mudahan ALLAH bg hidayah pd ko spy x aniaya org lg..
Hmm..ape2pn aku terima ni sbg dugaan dlm hidup aku..pasni aku akn lbh berhati2 percayakn org..dh dekat 6bln lebih gak ni aku dok mengangur..ntah bila la nk dpt kerja ni..kawan2 yg lain dh lama jd engineer..aku ni ntah bila la..Ya ALLAH..byk sebenarnya ku nak luah kat cni tp xterluah cz sumenya aku dh telan..
Semalam dpt tau dr bff aku..Nur Raena Atila,dia dh beli kete..happy for her..akhirnya tercapai gak impian dia nk beli kete suzuki swift..aku gak la..sahkn kete..motorpn ntah bila dpt beli..skrg ni semangat jap up..jap down..xtau nak mengadu pd sapa selain ALLAH..betul2 rsa keseorangan lbh2 lg sume bff dh da pasangan hidup masing2..aku lk..sumenya lambat..kerja lambat dpt..pasangan hiduppn lambat dpt..huhu..
menunggu dan terus menunggu hingga ke penghujungnya...

Wednesday, January 25, 2012

kehidupan manusia


“Setiap Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

Thursday, January 19, 2012

Oh peperiksaan..Oh Penguasa Kastam

hari ni..tanggal 19 januari 2012,dapat surat tawaran peperiksaan memasuki skim perkhidmatan penguasa kastam gred wk 1-1..huhu..xpernahpn terfikir yg akn dapat walaupun mmg isi kat spa tu..lain yg aku harapkan,lain lk yg aku dapat tp aku bersyukurlah cz at least aku terpilih gak utk duduki peperiksaan memasuki skim perkhidamatan kastam tu..dulu tanggal 22/11/2011,aku menduduki pemeriksaan fizikal utk penguasa bomba tp gagal..aduh,nape lah tangga tu berat sangat utk diangkagt..aku ingtkn aku akn lulus tp akhirnya gagal..huwaa..sedih..frust..kecewa xyah ckplah cz aku dh usaha dh,training,jogging,angkat berat,panjat tali smpai kaki luka2 tp last2 gagal..mmg sgt2 kecewa tp aku redha jelah..at least aku dh buat yg terbaik walaupun jauh disudut hati,kekecewaan tu mmg xleh dipadamkan..lama dah dok menganggur ni..entah bila nak dapat keje..org len dh keje n leh beli kereta dh..aku ni yg dok merangkak lg...harap2 pasni dapatlah rezeki..kastampn kastamlah janji da keje..n y penting pasukan beruniform..huhu..
Ni lah aku..belajar engineering sampai 4 thn..dok berhempas pulas ngn exam n projek sume tp bila bis study xrasa nak jadi engineerpn..akupn xtaulah aku ni nak jd apa sebenarnya..tp jauh di sudut hati,aku still berharap aku leh join pasukan beruniform 1 hari nanti..walaupun aku tau peluang tu makin kelam tp aku akn terus berharap..mudah-mudahan ALLAH makbulkan doa aku..permudahkan segala urusan aku...aku teringin nak jadi polis or tentera..sebenarnya itulah cita2 aku dr kecil lg tp yelah kan..ALLAH tau apa yg terbaik utk hambaNYA..kdg2 apa yg kita nak n mahukan sangat tu,maybe bukan yg terbaik utk diri kita..sumenya dah ALLAH tentukan utk kita..huhu..






Thursday, January 12, 2012

di sebalik "takkan perigi cari timba" dan "don't be a man seeker"

Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang
Namun begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para remaja.

 Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.

Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan.
Seterusnya, dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan jalan periwayatan hadis ini.
Daripada Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya (yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata: Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah, adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh, Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia (Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai) Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini oleh Nabi SAW).
Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:
بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ
 “BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.
 Oleh hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini (sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya), jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.
  Malah Sirah Nabawiyyah juga telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi Cari Timba?
    Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!” . Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (PeribadContoh), sebagaimana FirmanNYA:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)
  Hal ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.
  Dalam ayat ini,Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.

Wallahu’alam.

 Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~
Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~

if u love somebody

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .... :)
wink..wink...akupun selalu berdoa kepada ALLAH moga si dia tercipta untukku..hanya ALLAH yang mengetahui bahawa aku mencitai dirinya...
 
 

beruntunglah dikau wahai lelaki soleh

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
 Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...

Wahai lelaki soleh, tidakkan anda sedar Bidadari Syurga itu :-

Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik
Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda
Usianya yang sentiasa remaja tidak tua makan dek usia
Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin
Bidadari ni juga suci lagi menyucikan. Mereka tidak ada tempoh 'cuti' atau period.
Dalam diri mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang hanya untuk anda wahai lelaki soleh.
Mereka hanya akan membuaikan ucapan cinta yang tidak pernah anda dengari dimana-mana
Penglihatan mereka terjaga hanya untuk melihat anda. Tidak ada lelaki lain yang pernah melihat mereka selain anda.
Mereka sentiasa menundukkan pandangan mereka yang hanya khas untuk anda
Wangi nya tubuh sang bidadari ibarat, sekiranya mereka menampakkan diri ke bumi nescaya antara bumi dan langit dipenuhi bau wangian dari tubuhnya..
Andai mereka mengeluarkan telapak tangannya diantara langit dan bumi, nescaya semua makhluk akan terpesona dengan keindahannya.
Sekiranya wajahnya pula ditunjukkan maka kecantikannya akan menerangi antara langit dan bumi.
selagi mereka tidak berjumpa dengan anda, mereka akan sentiasa mendoakan anda semasa anda di dunia

  "Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepada-Mu dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaan-Mu waha Tuhan Maha Penyayang di antara semua orang yang penyayang"



Subhanallah,ya Allah indah nya ciptaan Mu untuk lelaki soleh...
"Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang di ciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." ( HR Bukhari 6/230,232 dan Muslin 2834)..
Ada juga hadis yang menyatakan jumlahnya mencecah 72 orang untuk setiap lelaki soleh..
"Wahai lelaki soleh ingatlah di Syurga anda akan dilayan sekurang-kurangnya 80,000 orang pelayan dan 72 orang isteri." (Hadith Abu Sa'id Al-Khudri r.a).
Sekiranya isteri anda di dunia tidak patuh pada arahan anda setelah anda mendidik nya dengan baik maka, isteri anda di syurga akan mendoakan kecelakaan terhadap isteri anda didunia tersebut.

Tidak kah anda mahu bidadari syurga seperti itu.Yang diciptakan khas untuk anda.

Kenikmatan yang anda miliki di syurga, tidak akan sama kenikmatan di dunia bersama isteri anda.

Malah lebih hebat lagi kenikmatan nya bersama isteri anda di syurga kelak...

Berusahalah wahai lelaki untuk menjadi lelaki SOLEH.

Kerana anda perlu berjumpa dengan isteri anda sang Bidadari Syurga yang telah Tuhan ciptakan khas untukmu.

 Sesungguhnya cemburunya wanita dunia dengan Bidadari Syurga yang lebih sempurna untuk anda...

fitrah yang indah

Fitrah yang indah
 Adakah bercouple salah? Saya akan kata, ya. Adakah ianya haram? Saya akan diam dahulu. Adakah bercinta itu salah? Saya kata TIDAK.
Kenapa kita nak salahkan cinta, sedangkan cinta adalah satu perasaan fitrah, yang saya yakin 100% daripada kita mestilah pernah merasai keindahan cinta, betul tak? Cinta kepada ibubapa, cinta kepada abang, kakak, adik dan anak-anak saudara, cinta kepada sahabat, cinta kepada guru, cinta kepada barang-barang milik kita, cinta kepada kucing kesayangan.
Jadi, cinta itu adalah sebuah perasaan fitrah yang cukup indah, jika diletakkan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada orang yang tepat, dengan CARA YANG BENAR mengikut landasan Islam.
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
"Tahu dengan tepat tak semestinya faham dengan jelas" (Ustazah Fatimah Syarha)
Kalau kita ditanya siapakah pemilik cinta kita yang utama? Saya sangat yakin bahawa setiap daripada kita pasti mampu untuk menjawab Allah. Dan siapakah pemilik cinta ini selepas Allah? Dan pastilah jawapan yang kedua adalah Rasulullah s.a.w.
Jadi, setiap daripada kita sebenarnya mempunyai pengetahuan yang sangat tepat tentang pemilik cinta yang utama. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita benar-benar faham dengan jelas tentang hakikat ini?
Buktikan cinta padaNya
Di mulut, kita kata cinta yang utama adalah Allah. Tapi realitinya yang sentiasa dalam fikiran kita, adakah benar ianya milik Allah?


Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? Biar saya bagi jawapan- minimun 5 kali, 5 kali waktu solat. Itu masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah (Itupun kalau kita solat setiap waktu).
Dan dalam 5 kali tu, berapa minit kita ingat Allah? Saya bagi minimun waktu solat 1 kali 5 minit, 5 kali solat, 25 minit. Dibandingkan dengan masa sehari: 1440 min. Tolak waktu tidur, saya ambik 5 jam: Tinggal 1140 minit. Tolak dengan waktu solat, tinggallah 1115minit ~+/- 18 jam. Agak-agak 18 jam ni kita peruntukkan untuk apa ye? Study? Kerja? Sembang-sembang? Makan-makan? Atau teringatkan seseorang? (Itupun kalau solat kita betul-betul khusyuk. Kalau nak tolak lagi dengan minit-minit yang tak khusyuk, agak-agak berapa minit je yang tinggal untuk kita ingat Allah?)
Tadi kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Takkan lah orang bercinta kejap je ingat pada kekasih dia? Mustahil.... Orang bercinta kan biasanya hanyut dengan angan-angan, tak sabar setiap kali nak berdating, asyik nak bercakap dengan dia, berjumpa dengan dia, sebut nama dia pun dah cukup buatkan pipi blushing. Wah! Bercinta sakan! Paling best bila dapat hadiah daripada si dia. Hati berbunga-bunga dengan senyum yang tak boleh hilang.
Kitakan kata pemilik cinta kita yang utama adalah Allah? Dah tepat dah. Tapi, kita betul-betul faham dengan jelas ke? Kefahaman biasanya akan disalurkan kepada perbuatan.
"Betul, cinta utama saya memang pada Allah. Tapi, kita kan tak boleh nampak Allah. Jadi, macam mana dikatakan nak dating dengan Allah?"


Solat. Tak terasa ke masa solat adalah waktu kita dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Walaupun solat berjemaah sekalipun, masa kita solat, ada kita borak dengan orang sebelah? Pastilah tak, kan? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, orang sebelah boleh dengar ke apa yang kita cakapkan? (selain apa yang imam baca) Mestilah tak, kan. Jadi, siapa yang tahu? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, adakah kita nak ambil kisah apa yang sedang berlaku kat sekeliling kita? Orang lalu lalang, orang tengah berborak, bunyi macam-macam. Adakah kita nak berhenti solat nak ambil tahu tentang hal-hal ni? Mestilah tak sama sekali!
Sebab apa? Sebab kita sebenarnya sedang dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Kalau dating dengan lelaki yang tak halal bagi kita, kita tak dapat pun nak dating se"sweet" kita dating dengan Allah. Kita duduk makan-makan, kawan-kawan nak join sama, tumpang sekaki. Paling tak best siap suruh belanja sekali. Kalau kita dating dengan lelaki yang tak halal bagi kita, nak cakap something yang sweet pun malu (yang tak bertempat) sebab nanti orang lain dengar. Kalau kita dating dengan lelaki yang tak halal, mesti sentiasa rasa serba tak kena. Kalau duduk kat mall, nanti kawan sekuliah nampak, rasa segan. Nanti kalau orang satu kampung tengok, takut bagitau kat mak ayah. Ini adalah sebuah perasaan yang tak secure.
Tapi, bila kita benar-benar faham sejelas-jelasnya tentang cinta kepada Allah, pasti hati cukup rindu nak berjumpa dengan Allah. Berangan-angan,"Ya Allah, satu hari nanti, tempatkanlah aku di syurga, moga aku dapat bertemu denganMu. Pemilik cintaku yang sebenar."
Bila kita cinta kepada Allah, kita tak sabar-sabar nak menunggu waktu dating. Dan waktu dating yang Allah wajibkan kita rasa tak cukup. Jadi kita nak tambah lagi dengan solat sunat. Kalau dah rindu yang teramat, kita nak jumpa Allah pada waktu istimewa, waktu di mana orang yang tak cukup cinta kepada Allah takkan ada di sekeliling kita. Satu waktu yang hanya pencinta-pencinta Allah yang tahu dengan tepat, dan faham dengan jelas sahaja yang ada. Waktu di sepertiga malam, waktu yang cukup tenang. Hanya kita dan Dia.
Dan cintanya kita pada Allah, sebut je nama Allah rasa perasaan berdebar-debar.
"Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)
Dan terkadang pada saat-saat tertentu, bila mana kita sangat-sangat perlukan seseorang, kita sebut je nama Allah, sudah cukup untuk buatkan hati kita tenang. Inilah pemilik cinta kita yang sebenar.
"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)
Dan yang paling syok, dengan Allah, kita boleh mintak APA-APA SAHAJA tanpa perlu kita memberi sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Tapi yang lagi best, Allah adalah pemilik cinta yang paling memahami. Dia tak bagi semua yang kita minta. Bukan Allah kedekut. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang mungkin terkadang kita memberontak sebab tak dapat apa yang kita nak. Dan mungkin terkadang kita rasa nak merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akan bagi apa yang kita minta pada WAKTU YANG TEPAT, ataupun terkadang Allah berikan sesuatu yang lain daripada apa yang kita minta tapi ITULAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kita. Pasti hati kita berbunga-bunga mekar dengan kuntuman sakura di dalam hati yang ada taman tu. Pada masa itulah mungkin baru kita akan sedar, siapakah pemilik cinta kita yang sebenar. Pastilah Dia, hanya Dia, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
Lau Kaana Bainana

Selepas Allah, perasaan fitrah ni patut diberikan kepada siapa? Pasti mudah nak menjawab, Rasulullah s.a.w.
Tepat, tapi adakah dengan kefahaman yang jelas?
Kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Solat 5 waktu, setel. Jadi, kita dah tunjukkan cinta kita kepada Allah. Tepat setiap waktu solat, tak pernah tinggal.
Jadi, macam mana pulak dengan cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w?
Kita jawab selawat. (Pasti ke setiap hari kita peruntukkan waktu untuk selawat kepada Nabi? Luar daripada waktu solat? Jom sama-sama check diri sendiri).
Cukup ke perasaan cinta kita macam tu je? Rasulullah pemilik cinta kita yang kedua. Sedangkan cintanya Rasulullah pada kita, di saat hampir tiba kewafatan baginda, baginda teringat pada kita, "Ya ummati, ya ummati.." Tapi kalau kita? Mesti kita sebut, "Sakitnya, sakitnya!!"
Jadi, macam mana nak tunjukkan cintanya kita pada Rasulullah. Adakah selawat tu dah cukup?
Kalau cinta, perlu ada bukti! Sedangkan kalau bercinta dengan lelaki yang tak halal, kita sanggup buktikan cinta kita pada dia. Sanggup habiskan duit untuk keluar jumpa dia. Sanggup belikan hadiah birthday dia yang kadang-kadang dia tak belikan apa-apa pun untuk kita sebab nature lelaki yang kadang-kadang tak ambil kisah. Cintanya kita pada seorang lelaki yang tak halal sehingga rela untuk tangan yang suci ini dipegang, diri yang bersih ini disentuh, sedangkan hakikat sebenar bila dia pegang sahaja tangan kita, bila dia berani menyentuh kita bermakna dia menghina maruah dan harga diri seorang muslimah! Dia tak pelihara kehormatan kita sebagai seorang wanita muslim yang sepatutnya secantik mawar berduri, melainkan dia menjadikan kita seperti gula-gula yang tiada pembalut. Yang jika tiba masanya akan jatuh ke lantai dan menjadi kotor. Dan selepas tu, adakah akan datang lelaki yang sanggup nak mengambil gula-gula yang dah dipenuhi kotoran tanah? Ini adalah bukti cinta kita pada dia. Dan dia? Lari mencari gula-gula yang baru.
Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :
"Siapakah yang paling hebat imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"."Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka".
"Mungkin kami," celah seorang sahabat
."Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Rindunya Rasulullah pada kita...  Dan kita?
Lau kaana bainana.. Jika baginda berada di antara kita. Sedang menaip sms kepada lelaki yang tak halal bagi kita, kalau baginda berada di antara kita, sanggup tak kita tunjukkan sms yang sedang kita taip tu pada baginda s.a.w? Sedang kita bergayut di telefon dengan lelaki yang tak halal bagi kita, sanggup tak kita teruskan perbualan seandainya baginda berada bersama kita? Sedang kita buka facebook, tengok gambar-gambar lelaki yang tak halal bagi kita, bersedia ke kita untuk tak tutup apa yang sedang kita buat tu jika baginda berada disisi kita?
Lau kaana bainana, baginda adalah murabbi terbaik, pendidik terbaik. Cintanya kita pada baginda s.a.w, biarlah sehingga setiap apa yang kita lakukan, kita mampu tetap teruskan walaupun ketika sekiranya baginda berada di antara kita.
Biarlah mampu kita juga berkata kembali kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah pemilik cintaku selepas Allah, aku sungguh rindu hendak bertemu denganmu." Moga kitalah di antara umatnya yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin!
Cinta ini adalah lubuk pahala
Dan tibalah saatnya untuk kita berikan cinta ini kepada pemilik yang seterusnya. Hanya kepada si dia, yang halal.
Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah?
Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.
Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.
Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?
Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.


Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.
Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.
Bila baju melayu bertemu baju kurung, biarlah hanya untuk yang halal.

ku pohon cintaku dikunci rapi..

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...


jangan izinkan aku jatuh cinta selagi belum tiba waktunya...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Wednesday, January 11, 2012

untung juga bila ada abang atau kakak ni

semalam dok sembang ngan abang angkat aku..so,aku tercerita la tentang si danish khan ni..mamat pakistan tu...free2 je kena ceramah dengan abang..di cakap mamat2 pakistan memang rupa hensem,islam tapi dorang ni xleh dipercayai sangat.dorang memang suka berkata2 dan kata2 dorang tu bukan main manis lagi..memang boleh buat perempuan jatuh cinta la..huhu..dan begitu juga danish..dia memang pandai berkata2 manis..akupun hampir2 nak falling in love dengan dia tapi nasib baiklah leh tahan lagi..apa yg abang aku bagitau semalam memang sebiji sama dengan peribadi danish..suka memuji n berkata2 manis..tp satu yang aku kagum dengan dia...apabila dia mengaji dan berlagu..sangat2 mengalun jiwa..aku bagitau kat abang tentang tu dan abang cakap dorang memang pandai mengaji..adoyai..baru rasa nak tangkap cintan ngan danish tu..hehe..tapi yelah..hati manusia..tak siapa yang tahu..tapi buat masa sekarang aku memang lum terbuka lagi untuk serius bercinta...melainkan aku berjumpa dengan lelaki yang betul2 ditakdirkan untuk aku..dengan danishpun..aku memang suka dia coz dia hensem,pandai mengaji dan berkata2 tapi xdelah sampai nak jatuh cinta dengan dia..tapi aku suka dengan dia coz dia berterus terang..dia ada bagitau aku yang dia pernah berkahwin dan ada 2 orang anak lelaki..aku ada tengok gambar2 anak2 dia kat fb..memang cute sangat..geram aku tengok...hurmmm..semalam aku terus terang ngan danish..aku tanya dia betul ke apa yang abang aku bagitau tentang mamat2 pakistan ni..dia cakap dia bukan macam tu..memang ada yang jahat dan dia tau ramai yang bertanggapan buruk terhadap dorang dengan kes2 yang sudah berlaku sebelum ni..dia cakap dia xkisah aku nak pikir apapun tentang diri dia coz dia tahu diri dia camne..hurmm..ntahlah..aku memang klu dengan lelaki ni memang susah nak caya..coz dah banyak kali terkena..memang sekarang ni aku sangat berhati2 dengan kaum lelaki ni...tapi hari ini memang danish dah jadi dingin dengan aku..maybe dia memang seperti yang abang aku cakapkan tu kot coz jika dia buka seperti yang abang aku cakapkan..mesti dia still contat aku...maybe dia dah sedar yang rahsia dia sudah terbongkAr,.,huhu...hurm..lumrah kehidupan..manusia2 datang dan pergi dari hidup kita...wahai prince charming...bilalah kau nak muncul dalam hidup aku...huhu...lama dah aku tunggu ni..hurm

masalah

setiap orang ada masalahnya sendiri.setiap masalah ada penyelesaiannya.yg penting kita yakin setiap dugaan pasti ada hikmahnya.sekiranya sesuatu perkara itu bukan yg terbaik utk kita,pasti ada halangannya yg sudah di atur oleh ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI segalanya.siapalah kita utk menolak takdir yg telah ditentukan olehNYA?kita sebagai hamba ALLAH yg terlalu lemah perlulah memperbanyakkan berdoa semoga diberi kekuatan dan dilimpahkan hidayah utk menempuh dugaan yg mendatang.
...

bunga-bunga dalam hati...wink2

semalam adalah kenangan yg x dapat dilupakan..knowing someone stranger n akhirnya jadi kawan..mohd tahir khan atau danish khan..from pakistan...from tagged to fb the to skype then to hp..don't know why but i's really love to be fren with him..aku ni sebenarnya bukan senang nak mesra dgn orang yg baru aku kenal lebih2 lagi orang asing tetapi tidak tau kenapa aku dengan danish khan ni mudah mesra..macam sudah lama kenal...diapun macam tu..mmg leh catat dalam diari la..semalam dr pukul 10mlm hinggalah pukul 6.30 pg aku dok chatting dan bercakap dgn dia sambil b'webcam melalui skype..
syukurlah line tenet ok je semalam..bermacam2 cerita yg kami kongsi...semalam hati terasa sangat2 berbunga...tp aku xnak lebih..just berkawan je..dia adalah rakyat pakistan yg sudah 18bulan berada di cni dan bekerja disini dlm bidang marketing..maybe aku boleh get close ngan dia coz diapun orang islam malah lg fasih dr aku..banyak yg aku belajar dr dia semalam..tetapi yg paling aku suka ttg dia adalah sikap dia yg terlalu menghormati wanita..dia bukan seperti lelaki2 melayu yg pernah aku kenal...dia sangat menghormati aku wanita muslimah..tulah yg buat aku senang dengan dia..kadang2 dia tu kelakar juga..tp yang paling bestnya..sekarang aku sudah secara x formalnya menjadi cikgu bahasa melayu dia..dia mintak aku ajar dia bahasa melayu..bercakap dalam bahasa melayu..dan yg paling best dia leh cakap melayu walaupun x fasih sangat...kdg2 kami speaking dan cakap dalam bahsa melayu..bila da perkataan yg aku cakap yg dia xfaham..dia akan terus tanya aku..tulah yg buat aku suka ttg dia...dia seorang lelaki yg sangat2 gentleman..soft spoken n also good looking guy..mula2 tgk dia tu tergoda gak aku tp nasib baiklah iman kuat lg..hehe..harap2 hubunga persahabatan kitaorang ni kekal lama la coz masih banyak lg yg aku nak share pengalaman dgn dia...
sib bek dia muda lg..baru umur 27tahun..tu yg cepat kamceng ngan dia..tapi akupun heran ngan diri aku ni..dengan lelaki melayupn aku susah nak kamceng tetapi ngan dia ni senang je aku rapat..maybe coz sikap dia yang sangat gentleman buat aku terpikat kot..jangan aku jatuh hati pada dia dahlah...naya woo!!huhu...
akupun xtau kenapa semalam aku tergerak hati utk online balik tagged tu coz dh lama aku x online..dan tiba2 leh kenal dengan danish lak..apekah ini satu kebetulan????huhu...ni aku sertakan gambar dia...





ada rupa cam artis bollywood x dia?hehehe..nilah susah klu minat hero hindustan ni..yg little boy tu gambar dia time kecil...so handsome...huhu...

i'm single...^_^

sedar tak sedar sebenarnya genaplah 1 tahun aku single and terputusnya hubungan aku dgn si dia..mohd dzul-ikhwan..satu nama yg aku xkn lupa smpai bila2..hubungan yg terbina dihianati tp sume tu dlu..aku yakin dia bukan jodoh aku dan ALLAH nak bg yg terbaik utk aku..sebab itulah hubungan aku n dia x kekal lama..pe2pn aku sudah memaafkan si dia n kami still kawan..si diapun sudah ada orang baru dlm hidup dia n dia bahagia ngan gurl tersebut..hubungan dia ngan gurl tersebutpn sudah masuk 1thn..sama masa ngan aku clash coz hubungan kami terputus krn hadirnya orang ketiga..pada mulanya memang aku salahkan dia n gurl tersebut tp lama-lama tu aku fikir balik apa yg terjadi dlm hidup aku selama ni dan aku yakin ada hikmah disebaliknya..dalam masa 1 tahun ni gak..hidup aku ok je..tanpa da teman lelaki...bahagia je coz aku dikelilingi kawan-2 yg supportive..yg sentiasa mengembirakan aku...walaupun kadang2 aku terasa sunyi..keseorangan krn sume sahabat baik aku sudah berpunya dan bahagia dgn pasangan masing2 tetapi aku dapat atasinya..apa yg terjadi buat aku semakin dekat dgn ALLAH..buat aku semakin tabah dlm menghadapi segalanya..aku tumpang gembira dgn kebahagiaan yg sahabat-2 aku miliki dan aku mendoakan yg terbaik utk mereka..aku harap akupun akan temui kebahagiaan aku nanti..aku yakin..ALLAH sedang mengujiku..menguji kekuatan imanku aku yakin ALLAH sdg merancang yg terbaik utkku..

Tetapi..dalam relax2 pun kena pikir gak.tahun 2012 means usia aku akan menganjak ke umur 24 tahun...huwaaa...tidakkkk!!!!means aku semakin tua dan sudah masanya untuk aku mencari teman hidup...tetapi bagiku sekarang ini..kerjaya aku adalah lebih penting..aku mesti dapatkan kerja tetap dan keperluan2 yg lain sebelum aku boleh pikir ttg teman hidup...aku berharap mudah-mudahan aku dapat temui soulmate aku sebelum umur aku 30 tahun...amin...

Tuesday, January 10, 2012

new year....

Assalamualaikum...rasanya dah lama aku x update blog ni..actually..aku ni bukanlah seorang yg tahu dan mudah untuk meluahkan apa yg aku rasa kepada seseorang tetapi memandangkan banyak yg aku pendam sendirian...yg kadang2 buat aku tidak tahan..akhirnya terpaksa diluahkan agar ringan beban di hati..

tahun 2012...means tahun 2011 dah berakhir..dah masuk fasa baru..dah bererti juga sudah dekat 5bulan berlalu selepas aku konvo..tp sampai sekarang masih lum da rezeki untukku mendapat pekerjaan..kdg2 aku terasa cemburu pd kawan2 yg sudah dapat pekerjaan sedangkn aku masih lg menganggur..hidup aku masih lg terumbang ambing...sebab tulah aku berdiam diri drpd menghubungi kawan2 aku sbb aku terasa sangat2 rendah diri..kawan2 perempuan aku yg satu kos dgn aku kebanyakn sudah dpt kerja..sudah bergelar ENGINEER tetapi aku..msih lg tercari2..apa sebenarnya yg aku ingin jadi...

Jauh dalam hati aku..minat sebenar aku adalah dalam pasukan badan beruniform...aku masih mengharapkan agar suatu hari nanti ada rezeki utk aku join badan beruniform..minat yg mendalam sejak kecil membuatkan aku still berpegang teguh pd cita2 aku ni..pernah parents aku memujuk aku supaya minta cikgu..minta KPLI coz salah seorang sahabat baik aku...fadzilah sudah bergelar cikgu dan dalam masa 3bulan dah leh beli sebuah kereta..betul2 buat aku tercabar coz dia sudah ada masa depan sedangkan aku masih lg tercari2..masa depan yg masa kelam...sedih..mmglah sedih tp aku kuatkan hati aku...aku bagitau parents aku yg setiap org ALLAH dan tentukan rezeki masing2 n rezeki aku masih lum tiba..aku memang tidak berminat utk menjadi guru krn minat aku lebih kepada bidang yg teknikal or beruniform...aku bagitau parents aku..aku tidak boleh lakukan sesuatu yg aku aku tidak berminat utk melakukannya krn aku akan lakukan tanpa keikhlasan..aku ingin lakukan sesuatu yg aku minat dan dengan penuh keikhlasan..alhamdulillah..parents aku amat memahami dan tidak lagi memaksa aku...dorang tau aku apabila aku sudah buat keputusan..aku tidak akan berganjak lg...aku just minta dorang doakan supaya aku dapat kerja yg aku inginkan...apa2 pun aku sangat berterima kasih kpd ma n abah aku krn sangat2 memahami aku...

Cita-cita dr kecil lg..untuk menjadi seorang pegawai tentera ataupun polis tp masihkah ada harapan utk aku??? dr berita2 dan sumber2 yg aku dapat..pengambilan utk pegawai polis atau tentera sudah tiada...so,apa yg aku akan jadi nanti??aku masih mengharapkan agar pekerjaan yg aku mohon dlm spa itu tertunai..mudah-mudahan aku dapat menjadi seorang pegawai kerajaan suatu hari nanti...kerana prinsip NEVER GIVE UP,NEVER SURRENDER itulah yg buat akuutk tidak berputus asa..untuk terus bertahan...sekarang aku hanya seorang wanita biasa tetapi aku berharap suatu hari nanti aku dapat menjadi seorang wanita yg hebat..aku ingin membuka mata mereka2 yg pernah memandang rendah padaku..yg bagitau aku hanya berangan2 kosong je..insyaALLAH..suatu hari nanti aku akan buktikan pd mereka..aku ingin mencipta nama..aku ingin menjadi an EXTRA ORDINARY LADY..cita-2 dan impian aku mmg tinggi tp ia bukan sekadar impian..jika diizinkan ALLAH..akan aku buktikan yg aku boleh berjaya spt yg aku angan2kan..insyaALLAH..mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya untukku....amin....