Monday, March 5, 2012

Don't Be Sad


♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

Ina'allah al'maha'huna

I don't want to give up...


Bruno Mars - Don't Give Up Lyric

[Bruno Mars]
When you want to do something that's new
And it seems really, really hard to do
You feel like quitting, you feel you're through
Well I have some advice for you

Don't give up
Keep on trying
You're gonna make it
I ain't lying
Don't give up, don't ever quit
Try and try and you can do it
Don't give up, yeah

If you want to catch a ball
But you're having no luck at all
The ball hits your head, it hits your nose
It hits your belly, your chin and toes
Well, try and try and try again
Keep on trying until the end
You put your hands out in the air
You'll catch the ball
Yes this I swear

Don't give up,
Keep on going
You're on a boat,
So keep on rowing
Don't give up, don't ever stop
Try and try and you'll come out on top
Don't give up

You got yourself rollerskates
You put them on
And you feel great
You stand up
Then you fall, don't think you can skate at all
You get back up, then you trip,
You skip and tip and slip, and flip
You try and try and try some more
Soon you're skating across the floor

Don't give up, keep on moving,
You're gonna get there, just keep on grooving
Don't give up, don't pack it in
Try and try, and you'll win
Don't give up, no no no
Don't give up, no no no
Don't give up, no no no
Don't give up, no no
Don't give up!


JIKA 1 PINTU TERTUTUP, 1 PINTU LAGI TERBUKA


JIKA 1 PINTU TERTUTUP, 1 PINTU LAGI TERBUKA

Teringat akan kata2 guru yg. Mengajar saya bagaimana menukar halangan pada peluang dan berjaya semula.

Bagaimana nak melawan suratan dan menang dalam kancah peperangan hidup.

Terpegun mendengar kata2 dari guru mat saleh ni benar2 mencabar ketabahan saya Melayu Islam.

Katanya lagi. Halangan dan rintangan tidaklah terjadi dgn. Sengaja. Tentulah ada hikmah dan tujuannya. Hanya insan yg. telah berjaya melaluinya.
Akan muncul kuat dan hebat. Jangan sekali2 berhenti ketika kita sudah hampir melepasinya. . Sedepa saja lagi!

Bila 1 pintu tertutup harus dianggap sebagai punca timbulnya semangat baru. Kekuatan baru dan bukannya sebagai alasan kegagalan. Tetapi bakal mengeluarkan yg. Terbaik dari diri anda .

Hanya yg. Optimistik saja akan berjaya utk. Melawan nasib malang or 'adversity' mereka dgn menggunakan kebijaksanaan '1 door closes. Another door opens'
sebagai insentif utk terus mara ke depan.

Sesiapa yang menyerah kalah dan 'Play Dead' akan tewas dan menjadi 'Losers' sepanjang hidupnya!

Segala galanya mengenai 'taking action. Bertindak melawan . Jika sesuatu kecelakaan berlaku. Bala. Janganlah hanya mengeluh. Meratapi. Menunggu dan berharap org. Lain utk menarik kita keluar. Bangun lah dan menolak. Menendang kuat hingga terbuka pintu baru.

Permulaan baru pada hidup anda!


x tau nak gtau apa

dah lama rsanya x update blog..macam terjadi dlm bln 2 ni..huhu..ingat leh la jd cikgu tusyen tp tup2 kena tipu lak..pn julyana mokhsin..aku xtau maafkan ko!!!cakap xserupa bikin..aku ingatkan apa yg ko cakap b4 this real tp sumenya hanyalah angan2 ko je!!sebab ko aku tolak tawaran interview 4 engineer!sebab ko gk rmai orang hilang kerja..xtaulah ko ni manusia jenis apa..mudah-mudahan ALLAH bg hidayah pd ko spy x aniaya org lg..
Hmm..ape2pn aku terima ni sbg dugaan dlm hidup aku..pasni aku akn lbh berhati2 percayakn org..dh dekat 6bln lebih gak ni aku dok mengangur..ntah bila la nk dpt kerja ni..kawan2 yg lain dh lama jd engineer..aku ni ntah bila la..Ya ALLAH..byk sebenarnya ku nak luah kat cni tp xterluah cz sumenya aku dh telan..
Semalam dpt tau dr bff aku..Nur Raena Atila,dia dh beli kete..happy for her..akhirnya tercapai gak impian dia nk beli kete suzuki swift..aku gak la..sahkn kete..motorpn ntah bila dpt beli..skrg ni semangat jap up..jap down..xtau nak mengadu pd sapa selain ALLAH..betul2 rsa keseorangan lbh2 lg sume bff dh da pasangan hidup masing2..aku lk..sumenya lambat..kerja lambat dpt..pasangan hiduppn lambat dpt..huhu..
menunggu dan terus menunggu hingga ke penghujungnya...

Wednesday, January 25, 2012

kehidupan manusia


“Setiap Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

Thursday, January 19, 2012

Oh peperiksaan..Oh Penguasa Kastam

hari ni..tanggal 19 januari 2012,dapat surat tawaran peperiksaan memasuki skim perkhidmatan penguasa kastam gred wk 1-1..huhu..xpernahpn terfikir yg akn dapat walaupun mmg isi kat spa tu..lain yg aku harapkan,lain lk yg aku dapat tp aku bersyukurlah cz at least aku terpilih gak utk duduki peperiksaan memasuki skim perkhidamatan kastam tu..dulu tanggal 22/11/2011,aku menduduki pemeriksaan fizikal utk penguasa bomba tp gagal..aduh,nape lah tangga tu berat sangat utk diangkagt..aku ingtkn aku akn lulus tp akhirnya gagal..huwaa..sedih..frust..kecewa xyah ckplah cz aku dh usaha dh,training,jogging,angkat berat,panjat tali smpai kaki luka2 tp last2 gagal..mmg sgt2 kecewa tp aku redha jelah..at least aku dh buat yg terbaik walaupun jauh disudut hati,kekecewaan tu mmg xleh dipadamkan..lama dah dok menganggur ni..entah bila nak dapat keje..org len dh keje n leh beli kereta dh..aku ni yg dok merangkak lg...harap2 pasni dapatlah rezeki..kastampn kastamlah janji da keje..n y penting pasukan beruniform..huhu..
Ni lah aku..belajar engineering sampai 4 thn..dok berhempas pulas ngn exam n projek sume tp bila bis study xrasa nak jadi engineerpn..akupn xtaulah aku ni nak jd apa sebenarnya..tp jauh di sudut hati,aku still berharap aku leh join pasukan beruniform 1 hari nanti..walaupun aku tau peluang tu makin kelam tp aku akn terus berharap..mudah-mudahan ALLAH makbulkan doa aku..permudahkan segala urusan aku...aku teringin nak jadi polis or tentera..sebenarnya itulah cita2 aku dr kecil lg tp yelah kan..ALLAH tau apa yg terbaik utk hambaNYA..kdg2 apa yg kita nak n mahukan sangat tu,maybe bukan yg terbaik utk diri kita..sumenya dah ALLAH tentukan utk kita..huhu..






Thursday, January 12, 2012

di sebalik "takkan perigi cari timba" dan "don't be a man seeker"

Dua ungkapan berbeza bahasa, namun mempunyai satu makna yang sama, menjadi kebiasaan diungkapkan oleh para remaja terutamanya dari golongan wanita apabila berkaitan dengan pencarian jodoh. Hampir semua golongan kaum hawa memegang kukuh ungkapan ini, kononnya bagi menjaga air muka dan maruah mereka, ibarat menggenggam sesuatu barang takut mudah diragut orang
Namun begitu, sejauh mana kebenaran ungkapan ini, terutama jika dikaitkan dengan hukum syara’ itu sendiri. Penulis terpanggil untuk bersama-sama berkongsi satu pandangan dan cadangan pembetulan berdasarkan pembelajaran, pembacaan dan rujukan yang telah dilalui untuk memeriahkan lagi suasana perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang yang mana telah menjadi satu medium paling popular bagi mendekati para remaja.

 Berbalik kepada ungkapan berbunyi “Takkan Perigi Cari Timba”, jika difikirkan secara logik, sama ada perigi mahupun timba, masing-masing bukanlah sesuatu yang mampu bergerak dengan sendiri kecuali didatangkan oleh makhluk yang mempunyai kaki dan tangan untuk menggerakkannya. Seseorang yang ingin mandi di perigi perlu membawa timba yang bertali untuk menceduk air yang jauh di dasar perigi. Justeru, tiada istilah perigi mencari timba atau timba mencari perigi, yang sebenarnya dengan adanya keinginan untuk mendapatkan air, barulah timba dibawa ke perigi.

Realiti ini menerangkan kepentingan kemahuan dan keinginan untuk menjayakan sesuatu keadaan, bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!”, bukan sekadar mencipta 1001 alasan, dan mengharapkan penyelesaian jatuh ke ribaan.
Seterusnya, dibuktikan kesilapan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut melalui satu dalil iaitu daripada Hadis Nabi SAW yang disebut dalam Sahih Bukhari (No. Hadis 4726) yang mana tidak boleh diragui lagi kesahihan jalan periwayatan hadis ini.
Daripada Marhum b. Abdul Aziz telah berkata: aku telah mendengar Thabit Al-Bunaniyy telah berkata: Aku pernah berada di sisi Anas, di sisinya (yakni Anas) seorang anak perempuan miliknya. Anas telah berkata: Seorang perempuan telah mendatangi Rasulullah SAW menawarkan dirinya (untuk berkahwin) kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Ya Rasulallah, adakah kamu tidak berminat kepadaku? Maka anak perempuan Anas telah berkata: Betapa sedikitnya malunya (Tak Malunya Perempuan itu), Aduh, Malunya! Malunya! (Anas) telah berkata (kepada anak perempuannya): Dia (Perempuan itu) jauh lebih baik darimu! Dia menginginkan (mencintai) Nabi SAW, maka dia menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (untuk dikahwini oleh Nabi SAW).
Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam satu bab khas yang disebut:
بَاب عَرْضِ الْمَرْأَةِ نَفْسَهَا عَلَى الرَّجُلِ الصَّالِحِ
 “BAB SEORANG WANITA MENAWARKAN DIRINYA (UNTUK BERKAHWIN) KEPADA LELAKI SOLEH”.
 Oleh hal yang demikian, melalui dalil yang disebut dan penamaan bab ini (sebagaimana disebut oleh Imam Al-Bukhari melalui ijtihad feqahnya), jelas membuktikan kesilapan yang teramat besar bagi seseorang yang memegang kukuh ungkapan “Takkan Perigi Cari Timba”.
  Malah Sirah Nabawiyyah juga telah membuktikan bahawa Khadijah (Isteri yang Paling dikasihi oleh Nabi SAW) melamar Nabi SAW sebelum Baginda diangkat menjadi nabi lagi melalui seorang perantara. Adakah ini dikatakan Perigi Cari Timba?
    Jika ada yang memberi alasan: “Ish..itu Nabi SAW, siapalah kita nak disamakan dengan baginda SAW?!” . Jawapannya mudah, Nabi SAW diutuskan untuk kita sebagai umatnya menjadikan Role Model (PeribadContoh), sebagaimana FirmanNYA:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri (contoh) teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
(Surah Al-Ahzab, 21)
  Hal ini jelas menolak dan membatalkan ungkapan yang sepatutnya tidak dipegang secara kuat oleh golongan wanita, terutama pada zaman yang mana bilangan wanita semakin ramai berbanding lelaki, mungkin dek kerana wanita semakin berpelajaran tinggi, berpangkat tinggi sehingga menimbulkan rasa malu dan rendah diri seseorang lelaki yang baik untuk melamar wanita tersebut. Oleh itu, tiada salahnya, jika seorang wanita mendapati seorang lelaki yang baik akhlaknya bukan sekadar melalui pandangannya, bahkan orang ramai di sekelilingnya turut mengiktiraf ke”soleh”annya, untuk melamar lelaki tersebut bagi dirinya dengan secara batasan yang terkawal (disarankan mengikut cara yang telah ditunjukkan kisah Khadijah melamar Nabi SAW sebagaimana telah diterangkan di atas.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.
  Dalam ayat ini,Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.

Wallahu’alam.

 Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~
Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~